Friday 1 March 2013

Siapakah Mahram Bagimu Wanita?

assalamualaikum

alhamdulillah. hari nie hari jumaat yang pertama dalam bulan Mac untuk tahun 2013 ni. 1 Mac 2013 bersamaan 18 Rabuilawal 1434 hijrah. hari ni sy nak share sikit pasal ceramah yang sy hadiri siang tadi bersama dengan kawan. ceramah tersebut dikhaskan untuk wanita muslimah sahaja. ketika kaum adam berpusu-pusu pergi ke masjid, kami pula pergi mendengar ceramah. penceramah pada hari ni adalah ustazah Nor Fadhilah Binti Wahab yang merupakan Penolong Kanan Pusat Islam USM.

alhamdulillah, pengisian yang beliau sampaikan sangat bermakna bagi kami semua sebab mungkin ramai lagi yang masih keliru siapa mahram kita yang sebenarnya.

Mahram :
  1. bahasa : yang diharamkan.
  2. istilah : seseorang yang diharamkan untuk berkahwin antara satu sama lain.
biasa kita ada mendengar dalam kalangan kita ada yang menyebut 'muhrim' kan? sebenarnya salah sebab 'muhrim' tu hanya ketika kita sedang memaki ihram ketika melakukan haji atau umrah.
 
           Muhrim : yang diharamkan bagi orang memakai ihram

mahram terbahagi kepada dua bahagian :

  1.  mahram selama-lamanya :
  • keturunan
  • perkahwinan
  • penyusuan
     2.  mahram untuk sementara

di bawah ni sy cuma ringkaskan tentang apa yang sy faham utk mudah kita semua faham.

 >  mahram disebabkan keturunan ada 7 golongan :
  1. bapa kandung, datuk kepada bapa sebelah ibu & sebelah bapa, dan ke atas (asal-usul bapa)
  2. anak lelaki, cucu lelaki
  3. adik-beradik lelaki seibu & sebapa / seibu / sebapa
  4. anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki
  5. anak saudara lelaki daripada adik-beradik perempuan
  6. bapa saudara sebelah bapa
  7. bapa saudara sebelah ibu

mahram disebabkan perkahwinan terbahagi kepada 4 golongan :

  1. bapa tiri, datuk tiri sebelah ibu / sebelah bapa
  2. menantu lelaki, cucu menantu lelaki dari anak lelaki / perempuan
  3. bapa mertua
  4. anak tiri lelaki

mahram disebabkan susuan terbahagi kepada 7 golongan :

  1. bapa susuan, datuk susuan sebelah ibu / sebelah bapa
  2. adik-beradik lelaki susuan
  3. anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki susuan
  4. anak saudara lelaki daripada adik-beradik perempuan susuan
  5. bapa saudara susuan sebelah ibu
  6. bapa saudara susuan sebelah bapa
  7. anak lelaki susuan (anak yang disusukan)
mahram susuan disebabkan hubungan perkahwinan terbahagi kepada 4 golongan :

  1. bapa mertua susuan
  2. anak tiri susuan
  3. bapa tiri susuan
  4. menantu lelaki susuan
semua mahram kita boleh bersalaman. suami mahram bagi kita tetapi batal air wudhuk apabila bersalaman sebab suami ada nafsu dengan kita.

hikmah batasan aurat wanita kepada mahram:
  • dapat menjaga kehormatan kita
  • mengelakkan berlaku perkara yang boleh menimbulkan fitnah
ni saje yang dapat sy kongsikan untuk semua. insyaAllah sama-samalah kita ketahui tentang mahram kita yang sebenarnya. maaf sekiranya ada silap mengenai apa yang sy cuba kongsikan.


Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com