Thursday 31 May 2012

sedang perbaiki diri sendiri

assalamualaikum.

sejak kebelakangan nie, sy lihat ramai wanita-wanita diluar sana yan telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat. ramai juga artis-artis wanita yang telah menutup aurat. TAPI, adakah betul cara menutup aurat mereka itu?

maksud menutup aurat disini bukan dilihat daripada seseorang itu menutup rambut mereka dengan hijab sahaja, malah menutup dari segala segi iaitu melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan memakai stokin. hal ini kerana, aurat wanita ketika berada diluar rumah / bersama dengan lelaki bukan muhrim adalah muka dan tapak tangan sahaja. so, kiranya kaki juga adalah aurat dan seharusnya menutup kaki itu dengan memakai stokin.

kebanyakan yang boleh kita lihat hari ini, ramai wanita yang sudah bertudung. Alhamdulillah, tetapi masih lagi berpakaian ketat, tidak melabuhkan tudung dan memakai seluar jeans yang ketat. Allah. sayu hati sy melihat mereka. adakah mereka tidak takut akan neraka? tidakkah mereka mendambakan syurga yang indah?

Alhamdulillah, Allah telah memberikan sy hidayah-Nya ketika sy sedang dalam keadaan ragu-ragu untuk menempuh hidup akan datang. sekarang, sy sedang cuba memperbaiki diri sendiri yang masih lagi lemah dan jahil dalam agama.





pelbagai fesyen untuk muslimah hari ini sebenarnya tidak menepati penutupan aurat yang sebenarnya. menutup kepala tetapi tidak menutup dada itu tidak menepati ciri-ciri menutup aurat. dalam Islam dibolehkan berfesyen, tetapi perlulah menutup aurat dengan sempurna. bukan main tangkap muat saje!

sy sebenarnya kagum dengan pembawakan HELIZA HELMI dalam berfesyen. walaupun beliau bertudung dan berfesyen, tetapi masih menjaga auratnya dengan sempurna.

sangat cantik dan pandai dalam berfesyen disamping menutup aurat dengan sempurna. :)


wahai wanita-wanita diluar sana, cuba kalian berfikir kembali tentang tatacara pemakaian kalian. adakah sudah menutup aurat? sekiranya belum, mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik. tidak salah bukan?


sekian, kali nie saje entry untuk kali nie.


assalamualaikum. :)



Wednesday 30 May 2012

boring !

assalamualaikum :)

dah lame sgt sy tak buat entry dekat blog nie. almaklum la, sibuk sgt kerja kat kilang + penat yang amat sanagt. hukhukhuk

and now, sy dah resign dari kilang tu. salah satu sebabnya penat. dah tak sanggup kot nak dok lelame kat kilang tu. sy memang kerja shif malam saje.

cubelah korang bayangkan betapa penatnya kerja malam. orang lain duk sibuk spent time dengan family + tidur di atas tilam yang empuk bersama bantal. hikhikhik. melebih pulok! yang sy dengan pekerja kilang, sibuk pulak berpenat lelah, bersengkang mata kerja malam. fuhhh! penat wa cakap lu...

walaupun dah berhenti lebih kurang dua minggu yg lepas, tapi sy tetap ada kerja juga iaitu menjadi babysitter kepada anak buah sendiri merangkap anak abang. nama baby tu adalah Muhammad Iman Rizqi Bin Saifudin. cute miut lagi tembam bambam budaknya! :D

dah cakapkan budaknya macam mane. nie baru je nak masuk 6 bulan, tapi badannya sangat tembam! hehehe


disamping tak buat apa-apa dekat rumah, so sy pun berguru la dengan mak sy utk bljr memasak. mak cakap penting sebab nanti dah kawin senang nak masak untuk suami. ==' terus diam buat muka selamber.

selain itu, disebabkan bosan asyik mengadap televisyen, on9 fesbuk tanpa buat benda berfaedah. so sy pun tibe-tibe teringat yang sy dah lame tak buat entry di sini. so, nie mule nak berjinak kembali la dalam berblogging nie. hewhewhew

ok, sampai sini saje dulu entry baru je update setelah berbulan lamenye mengabaikan ia duduk diam-diam kat sini.

assalamualaikum :)








Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com