Sunday 30 December 2012

come back again :)


assalamualaikum :)

dah lama tak menjenguk blog yang dah berlapuk nie. hehehe. maklum la, sejak dah jadik student USM especially art's student so memang susah la sikit nak luangkan masa kat blog nie. sejak kelas bermula, memang assignment datang berlambak-lambak macam makan bertih jagung yang tak boleh nak berenti. (ok yg tu tipu) hahaha XD

alhamdulillah, sekarang nie dah pun penghujung semester 1 dan sekarang nie tgh study week. bagi budak2 seni, study week bukannye study week sbb kitorang kena siapkan segala final projek yg ada. fuhh! alhamdulillah final projek saya dah pun selesai. lega sangat2! so sekarang nie masa utk study utk exam pulak. paper saya cuma 3 saje, tp gapnye punye la panjang. sebel kot! -.-
by the way, paper saya start hari jumaat minggu depan. jadi, masih ade masa la nak study. budak2 course lain tgh duk sibuk study, saya pulak baru nak start. errr -.-


 *nie jadual exam saya*
 

dalam masa study week, memang rasa tak tension sangat la sebab memang dah tak pegi kelas lagi pungg. time study week nie la buat ape2 pun dah tak risau sangat sebab takyah nak kejar2 masa pegi kelas lagi. hehehe. dalam bulan Disember nie, Pulau Pinang memang buat PESTA PENANG setiap tahun. pesta nie berlangsung selama sebulan dari 1 Disember 2012 sampailah 1 Januari 2013. pesta nie start dari petang ampai malam. kitorang pegi dua kali je. nak pegi tiap2 malam memnag perabih duit jele jawabnya. tempatnya dekat sungai nibong. dekat la jugak dengan sungai dua. jalan kaki pun boleh! ya! kitorang memang jalan kaki pun. ehehehe XD
 
ok, sampai sini jela dulu. nak start study pulak. wish me luck. :)
 
assalamualaikum


Friday 23 November 2012

jiwa kosong

assalamualaikum semua

maaf kalian. sy terlalu busy dgn assignment. mmg tak sempat nak update blog nie.
In Sya Allah lagi sebulan lebih sy akan habis sem 1. maybe cuti sebulan nnti sy try utk active balik kat sini. lagipun jiwa sy sgt2 kosong skrg nie. tak tahu kenapa. ok see you all next time. :)

 


Thursday 20 September 2012

come back again!

assalamualaikum semua.

dah lame giler sbnrnye tak update ape2 kat blog nie. maklum la, sibuk kemain nak prepair brg2 utk masuk U. and now dah rasmi jadi student USM (school of arts).

nmpak gayanye lepas nie kena rajin2 la update blog nie sbb course yg sy amek mmg berkait giler2 dgn web! oh noo! td pagi kat kelas baru bjlr sikit2 psal web nie. so after this, mgg kena rerajin jeguk balik blog yg dah bersarang tikus, tupai segala nie.

ok la, esok kelas ptg tp pagi esok nak buat grouping pasal journalling. very interesting pasal journalling yg bdk arts nak buat nie. hahaha

ok jumpa lagi. :)

Saturday 16 June 2012

lobak merah

assalamualaikum.

hari nie saya nak share sikit pasal kebaikan lobak merah atau omputih panggil 'carrot'. huwooo
tadi ade la search sikit-sikit kat internet pasal khasiat lobak merah nie. walaupun sikit je, tapi maybe berguna untuk saya dan korang semua? sape tahu kan. :)

sebelum tu, kenapa saya sibuk pulak nak share pasal khasiat lobak merah nie? haa, salah satunye sebab saya nie rabun jauh. so orang cakap la kalau makan atau minum air carrot nie boleh la kurangkan rabun dengan izin-Nya. insya Allah, kita cuma berusaha saje kan. sape tahu berkesan, dah la tak payah nak pakai-pakai speck bagai. hehehe. kadang-kadang rimas jugak kena pakai speck je everyday, everytime, everyminute, everysecond. wuhooo

ok, disini saya coretkan sedikit bingkisan yang saya dapat daripada satu blog nie. lepas nie sape yang dah tahu khasiatnya, boleh la cuba ya! actually, saya sudah seminggu minum jus carrot. setiap hari tu. sedap tau! hehehe



Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.
Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.
Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :
  • Amat baik untuk kesihatan gigi
  • Mengatasi keletihan
  • Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
  • Menjaga sistem saraf
  •  Awet muda
  • Mencerahkan mata
  • Mencerdaskan akal
  • Mencegah serangan barah
  • Membaikkan hati dan membasmi kelupaan
Cara memakan lobak merah :
  •  Boleh makan mentah-mentah
  •  Minum segelas air lobak setiap hari
  • Jika dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..

haa korang dah bace? banyakkan khasiatnya? so ape lagi, cuba la dari sekarang.

kalau nak buat jus carrot tu senang saje.
  • 1 batang lobak merah dipotong kecil, then masuk dalam blend. letak air kosong (agak-agak jela banyak mane airnya) lepas tu kisar.
  • selepas tu, masuk ke dalam cawan tapi ditapis dulu sebab ampasnya ada. letak susu cair, siap! dah boleh minum. senang kan? hehehe

harap-harap ia berkesan untuk kurangkan rabun mata ye? huhu. sebabnya saya dah malas sangat-sangat nak pakai spect. bosan!

ada satu kisah nie...

masa saya kerja dekat sebuah kilang nie shif malam pulak tu, ada satu hari tu malas nak pakai speck. lagipun kalau tak pakai pun ok jugak sebab mata belah kanan je yang rabun. hahaha. pelik kan? lantak la, mata saya bukan mata orang lain pungg. :P
masa kerja kat situ, saya kena area packing and bahagian sediakan eksesori car stereo. adalah orang abg leader (skrg dah jadik supervisor), dia perasan saya tak pakai speck malam tu.

abg tu : fatin, mana speck?
kitee : die duk umah, nak rehat. hehehe (dengan muka tersengih mcm kerang busuk!)
abg tuu : nampak tak nie?
kitee : nampak la. rabun belah kanan je.
abg tu : belah kanan je? pelik. (dengan muka takde perasaan. nak kate gelak tak nmpak gelak. kire muke selambe je). nie berape? (angkat tgn die smbil buat ala-ala peace gitu)
kitee : halarhh. orang nmpak la. (geram giler teramat kot masa tu!)


saya pun terus buat kerja dengan rasa geram giler2. huwooo. nasib baik die tu lelaki, kalau perempuan dah lame tumbuk-tumbuk die. (mmg sentiasa berniat jahat :P)
then, masa rehat tu saya ngadu dengan kwn, dhilat namanya. tapi dekta line orang panggil die fateha. ngadu + ngutuk sebenarnya. hahaha. kitorang kalau rehat mesti ngutuk-ngutuk, perkara wajib. kat kilang je*
tapi dah benti kerja nie, dah takde ngutuk-ngutuk dah. tak pasal-pasal orang yang kitorang kutuk tu dapat pahala free, yang kitorang dapat dosa free gitu jee. hohoho

p/s : sorry abg piee. :) kite terkutuk abg. hee. tak banyak pun, sikeett je. jangan marah ye!

haa tu pasal la kitee nak pulihkan balik mata yang dah rabun nie. dah malas sangat-sangat nak pakai menatang tu. huhuhu

ok, sampai sini saje corat coret kitee.

assalamualaikum :)








Friday 15 June 2012

cemburu??

assalamualaikum.

syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita terus bernafas di muka bumi nie. sebenarnya saya masih lagi terfikir sama ada mahu terus berblogging atau pun tidak. huhu. confiusion pulak! hehe. bila tengok orang lain active berblogging, rasa meronta-ronta pulak diri ini nak teruskan. tengok sajalah nanti. insyaAllah selepas saya masuk universiti nanti, maybe saya dah berblogging kot sebab busy dengan study. hohoho. (awak-awak seuma doakan saya dapat masuk U ya?)

untuk entry kali nie tajuknya lain macam ke? boleh kot? mesti ada yang terfikir, ehh die nie jealous sebab apa? jealous kawan-kawan dia dah ada pakwe ke? hahaha. korang silap la. salah sama sekali.

actually, saya jelous yang amat sangat dengan budk-budak lepasan SPM yang dah dapat sambung belajar di universiti/kolej/politeknik. seriously, sangat-sangat cemburu! sebab apa jealous nie makin membuak-buak? nie adalah kerana diorang post gambar-gambar diorang masa minggu suai kenal dekat fb. sapa yang tak jealous korang! huhuhu. selain tu, kawan-kawan saya yang tengah amek degree sekarang nie tengah exam, so makin bertambah la api cemburu nie. hohoho. lepas nie diorang balik cuti sampailah bulan 9 nanti. mase tu kitorang yang sambung degree ikut sama la. insyaAllah sekiranya diizinkan Allah untuk saya sambung belajar kat mana-mana universiti, batch kami akan daftar diri pada 1 & 2 September nie. wuhuu! sempat beraya lebih kurang dua minggu saje. tapi takpe, saya sanggup tinggalkan semua tu demi kejar impian saya. harap-harap tercapai. aminn....



saya dah rindu sangat-sangat dengan encik-encik buku dan encik-encik alat tulis. wey! rindu la nak pegang korang semua. :) masa sekolah dulu, hari-hari mesti kira berapa hari lagi nak last day sekolah. tapi bila dah habis sekolah nie, mulalah sibuk bila nak sambung belajar balik. time tu rasa memang bosan gila bila tak belajar. korang pernah rasakan? bagi yang belum rasa tu, tunggulah saat-saatnya nanti. time tu baru korang rasa sebenarnya time belajarlah paling best. tak payah sibuk-sibuk nak cari duit, sebab mak bapak kita yang sibuk cari duit untuk kesenangan kita. studying is not boring. (betul ke english aku nie? hoho. kena tengok Oh My English! nie)

adik-adik yang bakal habis sekolah last year nanti, tunggu la hari-hari kebosanan tersebut. akan hadir jua walaupun korang tak mintak. heee. tu la, baik-baik dah kerja, gaji ok, tapi berhenti awal. nak menyesal sekarang pun dah takde gunanya (ayat nie hanya untuk kutuk diri sendiri saja yang telah jadik penganggur lebih kurang sebulan nie :P)

pesanan untuk mereka yang malas nak belajar. 'korang masih muda, banyak lagi pengalaman yang perlu korang tempuhi sebelum meniti kejayaan pada masa akan datang. so guna waktu sekolah nie untuk tuntut ilmu dengan sebaik-baiknya, kalau korang leka time nie, sememangnya masa depan korang akan gelap. time tu jangan nak menyesal dengan apa yang korang buat pada masa dulu. berpikir dulu sebelum buat apa-apa, ingat mak bapak korang yang bersusah payah cari rezeki semata-mata nak tengok korang dapat pergi sekolah, belajar, dapat ilmu yang berguna. jangan nak salahkan mereka pula bila korang tak berjaya. salahkan diri sendiri kerana korang tak pikir baik buruk tindakan korang tu untuk masa depan korang yang masih panjang lagi tu.' (pesanan nie bukan untuk memarahi sape-sape, just nak bagi nasihat saje. )

ok, sampai sini saja entry saya kali nie. mohon maaf andai ada yang terasa. bukan nak salahkan sape-sape, tapi untuk peringatan diri sendiri dan anda kawan-kawan semua.

assalamualaikum :)

Thursday 31 May 2012

sedang perbaiki diri sendiri

assalamualaikum.

sejak kebelakangan nie, sy lihat ramai wanita-wanita diluar sana yan telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat. ramai juga artis-artis wanita yang telah menutup aurat. TAPI, adakah betul cara menutup aurat mereka itu?

maksud menutup aurat disini bukan dilihat daripada seseorang itu menutup rambut mereka dengan hijab sahaja, malah menutup dari segala segi iaitu melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan memakai stokin. hal ini kerana, aurat wanita ketika berada diluar rumah / bersama dengan lelaki bukan muhrim adalah muka dan tapak tangan sahaja. so, kiranya kaki juga adalah aurat dan seharusnya menutup kaki itu dengan memakai stokin.

kebanyakan yang boleh kita lihat hari ini, ramai wanita yang sudah bertudung. Alhamdulillah, tetapi masih lagi berpakaian ketat, tidak melabuhkan tudung dan memakai seluar jeans yang ketat. Allah. sayu hati sy melihat mereka. adakah mereka tidak takut akan neraka? tidakkah mereka mendambakan syurga yang indah?

Alhamdulillah, Allah telah memberikan sy hidayah-Nya ketika sy sedang dalam keadaan ragu-ragu untuk menempuh hidup akan datang. sekarang, sy sedang cuba memperbaiki diri sendiri yang masih lagi lemah dan jahil dalam agama.





pelbagai fesyen untuk muslimah hari ini sebenarnya tidak menepati penutupan aurat yang sebenarnya. menutup kepala tetapi tidak menutup dada itu tidak menepati ciri-ciri menutup aurat. dalam Islam dibolehkan berfesyen, tetapi perlulah menutup aurat dengan sempurna. bukan main tangkap muat saje!

sy sebenarnya kagum dengan pembawakan HELIZA HELMI dalam berfesyen. walaupun beliau bertudung dan berfesyen, tetapi masih menjaga auratnya dengan sempurna.

sangat cantik dan pandai dalam berfesyen disamping menutup aurat dengan sempurna. :)


wahai wanita-wanita diluar sana, cuba kalian berfikir kembali tentang tatacara pemakaian kalian. adakah sudah menutup aurat? sekiranya belum, mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik. tidak salah bukan?


sekian, kali nie saje entry untuk kali nie.


assalamualaikum. :)



Wednesday 30 May 2012

boring !

assalamualaikum :)

dah lame sgt sy tak buat entry dekat blog nie. almaklum la, sibuk sgt kerja kat kilang + penat yang amat sanagt. hukhukhuk

and now, sy dah resign dari kilang tu. salah satu sebabnya penat. dah tak sanggup kot nak dok lelame kat kilang tu. sy memang kerja shif malam saje.

cubelah korang bayangkan betapa penatnya kerja malam. orang lain duk sibuk spent time dengan family + tidur di atas tilam yang empuk bersama bantal. hikhikhik. melebih pulok! yang sy dengan pekerja kilang, sibuk pulak berpenat lelah, bersengkang mata kerja malam. fuhhh! penat wa cakap lu...

walaupun dah berhenti lebih kurang dua minggu yg lepas, tapi sy tetap ada kerja juga iaitu menjadi babysitter kepada anak buah sendiri merangkap anak abang. nama baby tu adalah Muhammad Iman Rizqi Bin Saifudin. cute miut lagi tembam bambam budaknya! :D

dah cakapkan budaknya macam mane. nie baru je nak masuk 6 bulan, tapi badannya sangat tembam! hehehe


disamping tak buat apa-apa dekat rumah, so sy pun berguru la dengan mak sy utk bljr memasak. mak cakap penting sebab nanti dah kawin senang nak masak untuk suami. ==' terus diam buat muka selamber.

selain itu, disebabkan bosan asyik mengadap televisyen, on9 fesbuk tanpa buat benda berfaedah. so sy pun tibe-tibe teringat yang sy dah lame tak buat entry di sini. so, nie mule nak berjinak kembali la dalam berblogging nie. hewhewhew

ok, sampai sini saje dulu entry baru je update setelah berbulan lamenye mengabaikan ia duduk diam-diam kat sini.

assalamualaikum :)









Thursday 29 March 2012

nothing to say

assalamualaikum

hai korang? ape khabar? sory la, dah lame sangat-sangat tak update blog nie sebab dah busy dgn kerjaya sementara. hehehe
actually, saya hanya kerja kilang pioneer saje kat Tanjung Agas, Muar. sape-sape yang dok kat area Muar mesti la tahu kan? hehehe
by the way, gajinya not bad la. kalau tak ponteng-ponteng, memangnya 1k dalam tangan. hee. saje nak buat korang jeles. wekks! =P

saya dengan kawan-kawan kena kerja shif malam. wooo, mesti korang terkejut kan? but for me, dah lali pun. ingat ade la shif siang, sekali dah masuk 2 month nie kerja malam. tapi best jugak kerja malam-malam sebab rule die tak ketat mane pun. boleh buat bising, bukak lagu kuat-kuat!. hahaha. actually, kerja kitorang nie buat car stereo atau dalam bahasa saintifik malaysianya radio kereta. hehehe. not bad la kerjanya and saya kenabahagian packing. so, faham-faham jela senang ke tak kerja saya tu. ngee~~ walaupun kena bahagian packing, memang kena tahan jela sebab banyak benda kena buat actually accessories, warranty card and so on. kalau ada salah satu missing, memang kena rework balik la. memang kerja yang memenatkan. hohoho

now, kami diberi cuti selama 5 hari (sampai hari ahad nie jela). hoho. comfirm 100% nak pergi kerja petang isnin next week rasa malas gile. HAHA

nie la set car stereo yang kitorang buat hari-hari + tak pernah jemu. hahaha


kotak car stereo yang bakal dipacking.

radio yang bakal dipacking! heee

radio yang perlu di check oleh model dua org tersebut. hahaha!
*sory la, model-model tersebut tak pernah dibayar gaji lebih utk posing. hek3 >.<


setiap hari pergi kerja, saya pakai biase-biase saje. malas nak melawa sebab takde pun orang nak tackle. tapi telahan saya salah! sebab ada jugak nak try. haduiii. buat biasa-biasa je sudah sebab saya tahu diorang saje gurau-gurau nak erat hubungan dengan teman sekerja. hehehe

malas nak pikir pasal kekasih nie sebab belum sampai masa lagi kot? tapi kalau dah jumpa, kahwin je terus lepas tu baru bercinta. hahaha. rakus sungguh! tapi benda baik kan lebih baik dilakukan dengan cara yang lebih tepat. i'm a right? :) by the way, life saya sekarang hanya pikir pergi kerja, balik kerja. hari-hari benda yang sama je buat. kerja malam, balik pagi. lepas mandi, breakfast and buat ape yang patut baru tidur. bangunnya area 3-4 or more than that. hahaha. kalau dah terlebih dari area tersebut, maknanya memang tengah penat giler la tu. so, takde masa la nak carik pakwe! yang ada pun kawan and dia pun tak declare apa-apa pun walaupun dah macam 'ya', so memang saya still single.

pasal result STPM, ok syukur alhamdulillah. melepasi 3.00. Tuhan bagi saya peluang untuk terus menimba ilmu and now tengah apply U. harap-harap dapat la saya bergelar mahasiswi universiti. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk saya ok? :)


sampai sini saje entry saya kali nie. kalau ada masa panjang, insyaAllah saya akan update tentang life saya.

salam sayang untuk semua.

assalamualaikum :)



Sunday 19 February 2012

new life

assalamualaikum

aduhh, dah lame sudah tidak meng'update' belog nih. hoho
almaklum la, semenjak sudah ada kerjaya sementara nie sibuk sangat + penat + mengantok. semuanya ada.
tu yang malas jadiknya nak update belog. hehe.

fatin hanya kerja kilang saje dan dapat la gelaran 'minah kilang'. takpe kan?
biar kita kerja yang susah-susah dahulu sebelum ada kerjaya tetap right?
fatin just kerja contract lebih kurang 6 bulan kot. insya Allah sampai akhir bulan 6.
tak mahu sampai bulan 7, penat! haha
lame jugak kan? hehe. maklum la, nak mengumpul duit banyak-banyak untuk kegunaan di masa akan datang.

okay, nak tau tak me and my friend working at night until morning - from 8pm until 8pm = 12 hours.
fuhh! bersengkang mate jela setiap malam. masuk-masuk kerja je dah kena shif malam. ape kesah? layan je. janji masyuk! hehee

sejak kerja dah lebih kurang sebulan nie, kehidupan kami berubah. yelah, orang lain kerja siang and tido malam. tapi kami kerja malam, tido siang. hahaha
nak buat macam mane, terpakse la. tapi fatin rasa kerja malam macam kerja dua kali dalam sehari.
yelah pagi balik kerja, lepas tuh petangnya pergi kerja balik. seriuosly, penat + mengantok sangat.
nasib kilang tuh ada transport, so setiap hari dalam bas, tido jela. hahaha

nie la rupa orang tak tido 12 jam. haha. sempat snap gambar mase tengah free

tak payah kot nak citer panjang-panjang. cukup la fatin katekan yang hidup fatin dah berubah buat sementara nie. hik3
sampai sini saje entry kali nie.

assalamualaikum :)

Saturday 21 January 2012

'couple' yang halal disisi Allah

assalamualaikum.

hari nie saya nak share sikit perkara yang saya baca dari satu laman web untuk korang baca jugak. hee

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?


“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).


Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).


Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah :)

sungguh indah jika ada di antara kita yang melaluinya bukan?
insyaAllah, jika ditakdirkan saya bertemu jodoh awal, saya akan terimanya.
kalau boleh, saya tak nak bercouple tapi ingin berkawan dan kenal hati budi lalu berkahwin.
lepas kahwin baru la kita boleh bercouple. mase tu kalau nak sentuh-sentuh pun dah tak jadi hal sebab sudah halal. hehe

saya ada terbaca satu blog nie Diari Rindu Muhsin &amp; Mira, diorang sebaya dengan saya, kira tahun nie masuk 20 tahun la. diorang kahwin tahun lepas after habis matrik. muda sangat-sangat diorang kahwin tapi alhamdulillah mereka ikut cara yang betul dan family diorang pun sokong dengan tindakan diorang tu. ouh! sweet sangat-sangat tengok diorang kahwin awal. rasa jeles pun ada. tapi dah Allah tetap mereka berkahwin awal.

p/s :bercouple, bila hubungan putus maka putus juga sampai bila-bila. tapi jika berkawan, hubungan takkan putus sampai bila-bila. :)

assalamualaikum :)



Wednesday 11 January 2012

teringin sangat!

assalamualaikum.

hai korg semua. hehe
nak tau tak, sejak dah masuk tahun 2012 nie and umur pun dah nak masuk 20 tahun bulan OKTOBER nie, rase mcm nak sangat-sangat try something new yang tak pernah buat sebelum nie. haha

ok actually, saya nak sangat-sangat pegi berjalan sorang diri kat bandar muar tu. hoho. kalau cakap kat mak, comfirm la tak bagi kan? tapi, tu la yang saya nak sangat buat sekarang nie. pegi berjalan sorabg diri, masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. ouh! alangkah bestnya. yalah, kita takyah ikut orang nak berjalan pegi mana-mana kan?


ouh, memang best takde orang yang nak sibuk-sibuk ikut kita mahu pergi mana. leceh kot ikut kemahuan orang? dapat duduk termenung dekat tanjung emas pun ok jugak kan? hahaha

ok! saya memang tengah mengarut waktu nie. tapi tu memang impian saya. ok bye.

assalamualaikum

sedang mencari

assalamualaikum

ok, alhamdulillah dalam beberapa hari nie saya sedang mencari sesuatu yang mungkin mampu membuatkan saya sedar akan diri yang menjadi insan di bumi Allah nie.

after bace pelbagai artikel menerusi blog-blog, now alhamdulillah. saya tau saya masih lagi byk kekurangan dlm diri dan skrg saya mahu mencari. mengkaji dan mendalami dgn lebih byk dlm hal keagamaan.

bile saya review balik tntg ape yg saya dah lalui, saya tau saya perlu perbaikinya dgn lebih baik lagi lepas nie. insyaAllah.

jika kita ikhlas dlm sesuatu perkara, insyaAllah tuhan akan bantu kita dan Dia akan permudahkan perjalanan hidup kita. saya tahu, saya belum berapa arif untuk berbicara tentang agama. but insyaAllah, i will do it.  :)

saya rasa saya belum terlambat untuk setting balik ape yang telah saya buat selama nie. doakan agar saya dapat lakukannya. :)


*kesedaran bermula dari dalam hati nurani seseorang. U need to changed yourself for God, NOT for someone. thinking about it.

p/s : maaf, english saya tunggang-langgang. insyaAllah, saya akan cube perbaiki. :)

Saturday 7 January 2012

10 tips mudah untuk berdiet

assalamualaikum.
hai3! hehe
ok, hari nie saya nak bagi sedikit tips bagi sape sape yang nak berdiet atau tengah berdiet tapi macam tak berkesan dan korang pun stop untuk sekerat jalan je. ok, inilah antara tips2 nye.

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.

Selamat mencuba :)

Friday 6 January 2012

saje saje :)

assalamualaikum.
hai3! hehe
sempena hari jumaat yang begitu indah dan merupakan penghulu kepada segala hari, maka dengan begitu senang hatinya saya pergi ke muar dengan seorang kawan, namanya Fathin Amirah. nama pangkalnya sama dengan saya tapi tak bermakna kami kembar ok. haha. dah ramai kot orang yang kami jumpa dan mereka akan tanya 'kembar ke?' kami pandang antara satu sama lain sambil senyum and lastly kami cakap 'tak, kitorang kawan je'. ouh, soalan yang sama akan ditanya dekat kami dan jawapan yang sama juga kami bagi. hahaha

ok, sebenarnya kami ni tinggal satu kampung cuma yang bezanya saya tinggal bahagian darat dan dia bahagian laut. kampung kami ialah kampung seri menanti. saje promote kampung sendiri. haha. kami naik bas dlm pukul 9 lebih kot dan tambang bas rm2.50. ok la tu kan tambang ke muar. hehe

sampai sana, kitorg pegi affin bank sebab dia nak buat akaun kat situ. tak la lama sangat tapi cukup untuk buat saya sangap banyak kali. hahaha

lepas siap tu, kitorg mulakan aktiviti berjalan kaki sampai ke maybank dekat jalan sulaiman (yang sebelah wetex tu) sebab kitorg nak bukak akaun sspn. korg tau kan start tahun nie, sape sape yang nak mohon pinjaman ptptn kena ada akaun sspn sekurang-kurangnya rm20. sape sape yang belum buat tu, buat la cepat cepat ok. ;)

lepas siap isi borang tersebut yang kitorg mntak dekat kaunter bawah, lalu kitorg pegi kat kaunter 2 tingkat 1, berlaku sedikit perbualan antara kitorg dengan pegawai kat situ. pegawai tu lelaki. haha

aku : encik, saya nak buat akaun sspn.
pegawai : nak bukak akuan sspn? ok, kejap ye.(dlm beberapa saat...)
ok, nak bukak akaun untuk sape?
aku : untuk diri sendiri.
pegawai : (tengok muka aku).... umur berape?
aku : 20 tahun.
pegawai : ok, dah cukup umur. ingat belum cukup sebab tengok muka belum cukup umur.
aku dan fathin gelak pelan pelan je. (dalam hati cakap, 'jahat je') haha
ok, lepas tu ade lagi yang kitorg bual2, tp dah lupe pulak ayatnye. haha
lepas dah sign ape ntah dia suruh kat atas A4 kosong sebanyak 3 helai, lalu kitorg pun mengucapkan terima kasih. lalu kitorg pun blah dari situ.

lepas siap tu, kitorg punpegi pulak wetex sebab dia nak cari kasut yang berbulu-bulu. alah, yang korg selalu pakai tu kan? carik2 tak jumpe, lalu kitorg pun keluar wetex dan saya terpikir nak mntak keje dekat pizza. lalu kaki kitorg pun sampai ke pizza. bila masuk je kat dalam tu, macam terkejut sikit la sebab tiba2 pekerja kat dalam tu cakap 'selamat datang dan silakan duduk'. lepas tu saya pun cakap la 'urmm, kat sini ade keje kosong tak?' lalu pekerja tersebut pun pegi amik borang. lepas dapat borang tersebut, kitorg keluar nak carik kedai potostat sebab dia nak salinan ic. lalu berjalan la kitorg, sambil2 tu carik jugak kedai kasut dan saya isi borang tersebut. tp tak jumpe, yang jumpe kedai potostat.

lepas dah settle tu dan dah tak jumpe kedai kasut, lalu kaki kitorg menapak semlua dekat pizza. lepas bagi borang tersebut, orang tu cakap 'ok, ape ape hal nnti kitorg call'. saya cakap 'ok, terima kasih' dan blah dari situ.

dengan tak penatnye dan tibe2 perut pulak menyanyikan pelbagai lagu yang sangat menyenangkan, kitorg terus berjalan mencari kedai kasut. lepas dah jumpe tu, dia tak nak pulak beli. haduiii. penat kot aku? haha

lalu kitorg merancang nak pegi makan. kitorg rancang nak pegi makan dekat kfc sebab kawan kitorg iaitu fadhilat dan liyana keje dekat situ.

sebelum tu, singgah kejap dekat kedai yang jual cd sebab dia nak beli movie yang terbaru. lantas selepas itu, kitorg pegi masuk dekat kfc tp nmpak liyana je, tak nmpak pulak batang hidung fadhilat. ingat nak kacau, tp tengok dia tengah busy layan customer, so tak jadik la nak kacau. HAHAHA

selepas itu, kitorg pegi balik kedai yang jual cd tu sebab fathin nak tukar citer lain, tibe2 jumpe pulak cikgu Rumaizah yang merupakan cikgu sejarah kitorg mase dekat SMK Seri Menanti. haha. rindu seyh! lepas tu, kitorg masuk wetex balik sebab nak beli barang2 sikit. lau terjumpe pulak cikgu Roziah yang merupakan cikgu sains kitorg dari sekolah yang sama. haha. serius! memang rindu dengan cikgu2 saya.

aktiviti kitorg seterusnya pulang ke rumah. hehe. yeah! memang tengah penat dan terus pegi ke bas stand dan terus pulang ke rumah.

ok, itu saje cerita hari ini. assalamualaikum :)




Sunday 1 January 2012

Rindu? Itu betul :)

assalamualaikum.
hai3! hehe, padahal baru je update pagi tadi, now nak update lagi.
ade aku kesah? lantak la. hik3
semalam pagi sebenarnya saya mengemas bilik yang bersepah sebab dah janji dengan mak, lepas habis exam nak kemas. tapi dah 2 minggu berlalu kot exam tu dah habis, baru semalam la berkesempatan nak kemas. hik3! bukan tak takde masa, tapi MALAS. haha. 'M' nya sangatlah besar kan? hehe

ok, masa tengah kemas2 dalam laci meja belajar, saya tiba2 terjumpa sampul surat dan terus teringat dalam tu ada 2 keping gambar. satu gamabar nie :


gambar masa raya aidilfitri yang lepas
satu lagi gambar nie :


ouh! ini gambar sangat saya rindui bila melihatnya semalam :)

ok, gambar kat atas tu gambar masa saya form 6, kelas 6 ATAS 1. sangat rindui kawan2 yang sangat gila2 perangainya. ouh! miss that moment. kalau lah masa boleh diundur semula, nak je saya dan kawan2 sekolah balik. HAHA

korg, aku rindu sangat2 dekat korg. bila kita boleh berkumpul macam dulu kan? marah, ketawa and everything kita buat sama2. korg sahabat yang paling sporting sebab kita pun tak ramai mana pun kan? upper 6 54 orang je. kita semua dah macam satu keluarga yang sangat happy.

ouh! tiba2 teringat semua kenangan kita selama setahun setengah di SMK Pekan Baru, Muar. korg semua, lepas nie kita jangan terus loss contact ok sebab aku rindu sangat2 kawan2 aku. walaupun lepas nie, kita semua akan duduk melata kat bumi malaysia nie, tapi aku harap kita jangan putuskan persahabatan kita di form 6 ye. hehe.

ok, sampai sini sahaja cerita pada 1 Januari 2012.

fatin says : akurindunakberkumpuldengankawankawanaku. :)

2012 :)

assalamualaikum.
hai3 and morning korg semua! hehe
nie first entry saya utk thaun baru 2012 nie. pagi2 dah update erk? hik3 >.<
ok, skrg dekat FACEBOOK, ramai yg tengah sibuk dok update status tahun baru diorg.
tp saya pulak dok update dekat beog nie. hee

masuk tahun baru, maka muncul la azam baru yg korg dah pasang angan2 nak capai tahun nie kan? agak2 korg, tercapai ke? jangan terlalu pasang azam yg korg mgkin tak boleh nak capai pada tahun nie ae? huwooo. ehh2! terlupe nak cakap "HAPPY NEW YEAR!" hehehe :D


ok, bercerita pasal azam baru, saya pun ade azam yg ingin saya capai pada tahun nie. saya hanye akan list utk yg penting sahaja. ok, antarenye:

  • nak masuk U pada tahun nie sebab azam saya pada beberapa tahun lagi adelah nak bagi segulung ijazah dekat mak, arwah abah dan family. harap2 azam nie akan tercapai, insyaAllah.
  • nak tambah amal ibadah. stiap drpd kita mesti masih lagi tak complete kan ibadahnye? so, ape kate kite rebut peluang tahun nie tambah pahale kite yg masih kurang tu?
  • berusaha nak jadi manusia yang berguna.
ok, itu sahaja azam saya yang paling utama. harap korg pun ade azam sendiri yang nak dicpai pada tahun nie. insyaAllah.
 assalamualaikum :)

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com