Friday 1 March 2013

Siapakah Mahram Bagimu Wanita?

assalamualaikum

alhamdulillah. hari nie hari jumaat yang pertama dalam bulan Mac untuk tahun 2013 ni. 1 Mac 2013 bersamaan 18 Rabuilawal 1434 hijrah. hari ni sy nak share sikit pasal ceramah yang sy hadiri siang tadi bersama dengan kawan. ceramah tersebut dikhaskan untuk wanita muslimah sahaja. ketika kaum adam berpusu-pusu pergi ke masjid, kami pula pergi mendengar ceramah. penceramah pada hari ni adalah ustazah Nor Fadhilah Binti Wahab yang merupakan Penolong Kanan Pusat Islam USM.

alhamdulillah, pengisian yang beliau sampaikan sangat bermakna bagi kami semua sebab mungkin ramai lagi yang masih keliru siapa mahram kita yang sebenarnya.

Mahram :
  1. bahasa : yang diharamkan.
  2. istilah : seseorang yang diharamkan untuk berkahwin antara satu sama lain.
biasa kita ada mendengar dalam kalangan kita ada yang menyebut 'muhrim' kan? sebenarnya salah sebab 'muhrim' tu hanya ketika kita sedang memaki ihram ketika melakukan haji atau umrah.
 
           Muhrim : yang diharamkan bagi orang memakai ihram

mahram terbahagi kepada dua bahagian :

  1.  mahram selama-lamanya :
  • keturunan
  • perkahwinan
  • penyusuan
     2.  mahram untuk sementara

di bawah ni sy cuma ringkaskan tentang apa yang sy faham utk mudah kita semua faham.

 >  mahram disebabkan keturunan ada 7 golongan :
  1. bapa kandung, datuk kepada bapa sebelah ibu & sebelah bapa, dan ke atas (asal-usul bapa)
  2. anak lelaki, cucu lelaki
  3. adik-beradik lelaki seibu & sebapa / seibu / sebapa
  4. anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki
  5. anak saudara lelaki daripada adik-beradik perempuan
  6. bapa saudara sebelah bapa
  7. bapa saudara sebelah ibu

mahram disebabkan perkahwinan terbahagi kepada 4 golongan :

  1. bapa tiri, datuk tiri sebelah ibu / sebelah bapa
  2. menantu lelaki, cucu menantu lelaki dari anak lelaki / perempuan
  3. bapa mertua
  4. anak tiri lelaki

mahram disebabkan susuan terbahagi kepada 7 golongan :

  1. bapa susuan, datuk susuan sebelah ibu / sebelah bapa
  2. adik-beradik lelaki susuan
  3. anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki susuan
  4. anak saudara lelaki daripada adik-beradik perempuan susuan
  5. bapa saudara susuan sebelah ibu
  6. bapa saudara susuan sebelah bapa
  7. anak lelaki susuan (anak yang disusukan)
mahram susuan disebabkan hubungan perkahwinan terbahagi kepada 4 golongan :

  1. bapa mertua susuan
  2. anak tiri susuan
  3. bapa tiri susuan
  4. menantu lelaki susuan
semua mahram kita boleh bersalaman. suami mahram bagi kita tetapi batal air wudhuk apabila bersalaman sebab suami ada nafsu dengan kita.

hikmah batasan aurat wanita kepada mahram:
  • dapat menjaga kehormatan kita
  • mengelakkan berlaku perkara yang boleh menimbulkan fitnah
ni saje yang dapat sy kongsikan untuk semua. insyaAllah sama-samalah kita ketahui tentang mahram kita yang sebenarnya. maaf sekiranya ada silap mengenai apa yang sy cuba kongsikan.


Wednesday 27 February 2013

R.I.N.D.U.

assalamualaikum

dah lama betul sy tak menjenguk blog ni disebabkan sibuk dan tak malas nak menaip. huhu. ahamdulillah, sekarang ni dah masuk semester 2 bagi sidang akademik 2012/2013 di USM. sekarang ni baru masuk minggu kedua pun. -.-

selama sebulan bercuti dan luangkan masa bersama membuatkan sy rasa sangat2 rindu dengan family dan suasana di rumah. terus terang cakap, sy masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya di bumi penang ni. mungkis sebab tak penah berpisah dgn family lagi2 dengan mak, tu yang rasa sedih, sayu dan mcam2 lagi perasaan yang ada kat dalam hati ni.

menginap di desasiswa aman damai membuatkan sy rasa kesunyian sebab takde kawan2 yang boleh ajak bual2 kat sini. bestfriend sy menginap di desiswa tekun. agak jauh walaupun sebebnarnya tak jauh manapun. jalan kaki baru rasa jauh. tapi sebab dah biasa ulang alik ke sana, tu yang rasa tak jauh sangat pun. kenapa sy kata kesunyian kat desa aman ni, sebabnya sy takde roomate nak ajak bual. roomate ade tp die stay kat bilik kawan die. kadang2 best jugak duk sorang2, tp kadang2 tak best jugak. yelah, kadang2 nak jugak share something dgn dia, tp dia pun dgn sy senyap je. tak nak tegur pun. so, sy pun diam jela.

bila sensorang dalam bilik ni, tu yang segala rasa dalam hati muncul. sedih la, sunyi la, rindu dgn family la semuanya ada. walaupun family dah pindah merlimau, melaka tp hati tetap di muar, johor. sejak naik semester 2 nie, mak selalu jugak call. dua hari sekali call. tp bila nak akhiri perbualan, lepas sy ucap 'assalamualaikum', mak jawab dengan sebak 'waalaikumsalam'. tik aitu sy tau, mak rasa sedih nak lepaskan sy. yelah, sy tau dia rindukan sy. biasanya sy ada kat rumah dgn dia, bual2, pegi mana2 dgn mak. itu mak, ini mak. semua mak. anak bongsu la katekan. walaupun anak bongsu, tp kasih sayang mak tetap di bagi sama rata dengan abg2 dan akak. family kitorang jenis yang happening. suka gurau2, main kejar2 dalam rumah dan macam2 lagi la. tp bila sy dah kat sini, sy akan teringat segala kenangan2 di rumah.

 
rindu dengan mak! afif pun! :')
 

rindu dgn keletah budak ni
 

gambar ni sentiasa kulihat di screen wallpaper phone

 

sekarang ni pun, yang paling jauh sekarang ni sy. tecampak jauh dari johor ke penang. abg2 dgn akak sume dekat2 dgn mak. tu yang rasa lagi  sedih tu. tapi takpe la, datang jauh2 ke sini pun untuk menuntut ilmu. berjihad di jalan Allah. insyaAllah, tahun 2015 sy akan tamat pengajian di USM ni dan insyaAllah sy akan pastikan sy bergraduasi dgn cemerlang. sy nak bawak sume family sy datang sini. hari tu pun yang hantar sy daftar masuk USM pun cume mak, abg2, abg ipar, akak ipar dgn anak2 buah. akak sy dgn lg sorang akak ipar terpaksa stay kat tempat kami bermalam disebabkan tidak sihat. (tika diri ini terus menaip, air mata pun semakin laju keluar)
 
untuk mengubat kesunyianyg bersarang ni, sy lebih rela menghabiskan masa dengan menyiapkan segala assignment, on9 facebook, twitter dan macam2 lagi. awal bulan 4 ni cuti mid sem. walaupun seminggu, tp ia sangat bermakna sebab dpt luangkan masa sekejap bersama family tersayang. tunggu kepulanganku semua! :')

sampai disini dulu post yang terbaru. ada masa nanti sy akan post benda yang baru.
assalamualaikum :')

Tuesday 1 January 2013

Tahun Baru & Exam -.-

assalamualaikum

first thing nak wish 'HAPPY NEW YEAR!'



alhamdulillah, hari nie 1 Januari 2013 bermulanya tahun baru dan kita patut bersyukur sebab masih diberi kesempatan-NYA utk bernafas lagi di bumi nie. tahun 2013 nie cukup la umur saya 21 tahun -.- walaupun belum secara rasmi. ahahaa XD (nak muda lagi!) walaupun rasa macam dah tua, tapi perangai tetap sama je dan tak berubah. TAK MATANG    ade yang cakap saya nie nampak je sopan, tapi bile gelak macam setan  ouh! sungguh kejam itu mulut. -.- nak buat macam mane, akak2 dan abang2ku juga serupa je macam mane adiknye nie tak ikut. ahahaha XD

ok! tahun 2012 nie memang banyak kenangan pahit dan manis walaupun rasa macam takde la yang menarik sangat sepanjang tahun. tapi yang penting, saya dah masuk U. tu la impian sejak dulu lagi, akhirnya tercapai juga. insyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh kat USM nie. kawan-kawan semua ok dan gile-gile jugak! >.<

dah-dah! untuk tahun 2013, azam saya tak la hebaq, gempak macam orang lain. cume nak jadik yang lebih baik dari sebelum nie, belajar dengan lebih fokus! and try to be a better muslimah. insyaAllah. :) walaupun sering baca post-post dakwah kat fb and twitter, tapi saya tak mampu untuk berdakwah macam mereka. so, saya akan berusaha untuk mengamalkannya.


dari situ, banyak menyedarkan saya tentang islam yang sebenarnya. kadang-kadang saya akan copy balik kat fb apa yang diorang tweet. saya post bukan untuk dapat banyak like or comment, tapi untuk memperingatkan kepada kawan-kawan yang lain. moga kita akan dapat manfaat daripadanya. insyaAllah

ok, start esok semua student USM akan mula exam. so, GOOD LUCK untuk semua! buat yang sehabis baik. lepas berusaha, jangan lupa untuk berdoa. insyaAllah akan dipermudahkan oleh-NYA. jangan stress sangat, takut nanti masa jawab exam hilang apa yang ada dalam otak tu. :)

sampai sini jelah. dah takde idea nak menaip. hehehe

assalamualaikum :)

Sunday 30 December 2012

come back again :)


assalamualaikum :)

dah lama tak menjenguk blog yang dah berlapuk nie. hehehe. maklum la, sejak dah jadik student USM especially art's student so memang susah la sikit nak luangkan masa kat blog nie. sejak kelas bermula, memang assignment datang berlambak-lambak macam makan bertih jagung yang tak boleh nak berenti. (ok yg tu tipu) hahaha XD

alhamdulillah, sekarang nie dah pun penghujung semester 1 dan sekarang nie tgh study week. bagi budak2 seni, study week bukannye study week sbb kitorang kena siapkan segala final projek yg ada. fuhh! alhamdulillah final projek saya dah pun selesai. lega sangat2! so sekarang nie masa utk study utk exam pulak. paper saya cuma 3 saje, tp gapnye punye la panjang. sebel kot! -.-
by the way, paper saya start hari jumaat minggu depan. jadi, masih ade masa la nak study. budak2 course lain tgh duk sibuk study, saya pulak baru nak start. errr -.-


 *nie jadual exam saya*
 

dalam masa study week, memang rasa tak tension sangat la sebab memang dah tak pegi kelas lagi pungg. time study week nie la buat ape2 pun dah tak risau sangat sebab takyah nak kejar2 masa pegi kelas lagi. hehehe. dalam bulan Disember nie, Pulau Pinang memang buat PESTA PENANG setiap tahun. pesta nie berlangsung selama sebulan dari 1 Disember 2012 sampailah 1 Januari 2013. pesta nie start dari petang ampai malam. kitorang pegi dua kali je. nak pegi tiap2 malam memnag perabih duit jele jawabnya. tempatnya dekat sungai nibong. dekat la jugak dengan sungai dua. jalan kaki pun boleh! ya! kitorang memang jalan kaki pun. ehehehe XD
 
ok, sampai sini jela dulu. nak start study pulak. wish me luck. :)
 
assalamualaikum


Friday 23 November 2012

jiwa kosong

assalamualaikum semua

maaf kalian. sy terlalu busy dgn assignment. mmg tak sempat nak update blog nie.
In Sya Allah lagi sebulan lebih sy akan habis sem 1. maybe cuti sebulan nnti sy try utk active balik kat sini. lagipun jiwa sy sgt2 kosong skrg nie. tak tahu kenapa. ok see you all next time. :)

 


Thursday 20 September 2012

come back again!

assalamualaikum semua.

dah lame giler sbnrnye tak update ape2 kat blog nie. maklum la, sibuk kemain nak prepair brg2 utk masuk U. and now dah rasmi jadi student USM (school of arts).

nmpak gayanye lepas nie kena rajin2 la update blog nie sbb course yg sy amek mmg berkait giler2 dgn web! oh noo! td pagi kat kelas baru bjlr sikit2 psal web nie. so after this, mgg kena rerajin jeguk balik blog yg dah bersarang tikus, tupai segala nie.

ok la, esok kelas ptg tp pagi esok nak buat grouping pasal journalling. very interesting pasal journalling yg bdk arts nak buat nie. hahaha

ok jumpa lagi. :)

Saturday 16 June 2012

lobak merah

assalamualaikum.

hari nie saya nak share sikit pasal kebaikan lobak merah atau omputih panggil 'carrot'. huwooo
tadi ade la search sikit-sikit kat internet pasal khasiat lobak merah nie. walaupun sikit je, tapi maybe berguna untuk saya dan korang semua? sape tahu kan. :)

sebelum tu, kenapa saya sibuk pulak nak share pasal khasiat lobak merah nie? haa, salah satunye sebab saya nie rabun jauh. so orang cakap la kalau makan atau minum air carrot nie boleh la kurangkan rabun dengan izin-Nya. insya Allah, kita cuma berusaha saje kan. sape tahu berkesan, dah la tak payah nak pakai-pakai speck bagai. hehehe. kadang-kadang rimas jugak kena pakai speck je everyday, everytime, everyminute, everysecond. wuhooo

ok, disini saya coretkan sedikit bingkisan yang saya dapat daripada satu blog nie. lepas nie sape yang dah tahu khasiatnya, boleh la cuba ya! actually, saya sudah seminggu minum jus carrot. setiap hari tu. sedap tau! hehehe



Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.
Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.
Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :
  • Amat baik untuk kesihatan gigi
  • Mengatasi keletihan
  • Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
  • Menjaga sistem saraf
  •  Awet muda
  • Mencerahkan mata
  • Mencerdaskan akal
  • Mencegah serangan barah
  • Membaikkan hati dan membasmi kelupaan
Cara memakan lobak merah :
  •  Boleh makan mentah-mentah
  •  Minum segelas air lobak setiap hari
  • Jika dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..

haa korang dah bace? banyakkan khasiatnya? so ape lagi, cuba la dari sekarang.

kalau nak buat jus carrot tu senang saje.
  • 1 batang lobak merah dipotong kecil, then masuk dalam blend. letak air kosong (agak-agak jela banyak mane airnya) lepas tu kisar.
  • selepas tu, masuk ke dalam cawan tapi ditapis dulu sebab ampasnya ada. letak susu cair, siap! dah boleh minum. senang kan? hehehe

harap-harap ia berkesan untuk kurangkan rabun mata ye? huhu. sebabnya saya dah malas sangat-sangat nak pakai spect. bosan!

ada satu kisah nie...

masa saya kerja dekat sebuah kilang nie shif malam pulak tu, ada satu hari tu malas nak pakai speck. lagipun kalau tak pakai pun ok jugak sebab mata belah kanan je yang rabun. hahaha. pelik kan? lantak la, mata saya bukan mata orang lain pungg. :P
masa kerja kat situ, saya kena area packing and bahagian sediakan eksesori car stereo. adalah orang abg leader (skrg dah jadik supervisor), dia perasan saya tak pakai speck malam tu.

abg tu : fatin, mana speck?
kitee : die duk umah, nak rehat. hehehe (dengan muka tersengih mcm kerang busuk!)
abg tuu : nampak tak nie?
kitee : nampak la. rabun belah kanan je.
abg tu : belah kanan je? pelik. (dengan muka takde perasaan. nak kate gelak tak nmpak gelak. kire muke selambe je). nie berape? (angkat tgn die smbil buat ala-ala peace gitu)
kitee : halarhh. orang nmpak la. (geram giler teramat kot masa tu!)


saya pun terus buat kerja dengan rasa geram giler2. huwooo. nasib baik die tu lelaki, kalau perempuan dah lame tumbuk-tumbuk die. (mmg sentiasa berniat jahat :P)
then, masa rehat tu saya ngadu dengan kwn, dhilat namanya. tapi dekta line orang panggil die fateha. ngadu + ngutuk sebenarnya. hahaha. kitorang kalau rehat mesti ngutuk-ngutuk, perkara wajib. kat kilang je*
tapi dah benti kerja nie, dah takde ngutuk-ngutuk dah. tak pasal-pasal orang yang kitorang kutuk tu dapat pahala free, yang kitorang dapat dosa free gitu jee. hohoho

p/s : sorry abg piee. :) kite terkutuk abg. hee. tak banyak pun, sikeett je. jangan marah ye!

haa tu pasal la kitee nak pulihkan balik mata yang dah rabun nie. dah malas sangat-sangat nak pakai menatang tu. huhuhu

ok, sampai sini saje corat coret kitee.

assalamualaikum :)







Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com