Friday, 6 January 2012

saje saje :)

assalamualaikum.
hai3! hehe
sempena hari jumaat yang begitu indah dan merupakan penghulu kepada segala hari, maka dengan begitu senang hatinya saya pergi ke muar dengan seorang kawan, namanya Fathin Amirah. nama pangkalnya sama dengan saya tapi tak bermakna kami kembar ok. haha. dah ramai kot orang yang kami jumpa dan mereka akan tanya 'kembar ke?' kami pandang antara satu sama lain sambil senyum and lastly kami cakap 'tak, kitorang kawan je'. ouh, soalan yang sama akan ditanya dekat kami dan jawapan yang sama juga kami bagi. hahaha

ok, sebenarnya kami ni tinggal satu kampung cuma yang bezanya saya tinggal bahagian darat dan dia bahagian laut. kampung kami ialah kampung seri menanti. saje promote kampung sendiri. haha. kami naik bas dlm pukul 9 lebih kot dan tambang bas rm2.50. ok la tu kan tambang ke muar. hehe

sampai sana, kitorg pegi affin bank sebab dia nak buat akaun kat situ. tak la lama sangat tapi cukup untuk buat saya sangap banyak kali. hahaha

lepas siap tu, kitorg mulakan aktiviti berjalan kaki sampai ke maybank dekat jalan sulaiman (yang sebelah wetex tu) sebab kitorg nak bukak akaun sspn. korg tau kan start tahun nie, sape sape yang nak mohon pinjaman ptptn kena ada akaun sspn sekurang-kurangnya rm20. sape sape yang belum buat tu, buat la cepat cepat ok. ;)

lepas siap isi borang tersebut yang kitorg mntak dekat kaunter bawah, lalu kitorg pegi kat kaunter 2 tingkat 1, berlaku sedikit perbualan antara kitorg dengan pegawai kat situ. pegawai tu lelaki. haha

aku : encik, saya nak buat akaun sspn.
pegawai : nak bukak akuan sspn? ok, kejap ye.(dlm beberapa saat...)
ok, nak bukak akaun untuk sape?
aku : untuk diri sendiri.
pegawai : (tengok muka aku).... umur berape?
aku : 20 tahun.
pegawai : ok, dah cukup umur. ingat belum cukup sebab tengok muka belum cukup umur.
aku dan fathin gelak pelan pelan je. (dalam hati cakap, 'jahat je') haha
ok, lepas tu ade lagi yang kitorg bual2, tp dah lupe pulak ayatnye. haha
lepas dah sign ape ntah dia suruh kat atas A4 kosong sebanyak 3 helai, lalu kitorg pun mengucapkan terima kasih. lalu kitorg pun blah dari situ.

lepas siap tu, kitorg punpegi pulak wetex sebab dia nak cari kasut yang berbulu-bulu. alah, yang korg selalu pakai tu kan? carik2 tak jumpe, lalu kitorg pun keluar wetex dan saya terpikir nak mntak keje dekat pizza. lalu kaki kitorg pun sampai ke pizza. bila masuk je kat dalam tu, macam terkejut sikit la sebab tiba2 pekerja kat dalam tu cakap 'selamat datang dan silakan duduk'. lepas tu saya pun cakap la 'urmm, kat sini ade keje kosong tak?' lalu pekerja tersebut pun pegi amik borang. lepas dapat borang tersebut, kitorg keluar nak carik kedai potostat sebab dia nak salinan ic. lalu berjalan la kitorg, sambil2 tu carik jugak kedai kasut dan saya isi borang tersebut. tp tak jumpe, yang jumpe kedai potostat.

lepas dah settle tu dan dah tak jumpe kedai kasut, lalu kaki kitorg menapak semlua dekat pizza. lepas bagi borang tersebut, orang tu cakap 'ok, ape ape hal nnti kitorg call'. saya cakap 'ok, terima kasih' dan blah dari situ.

dengan tak penatnye dan tibe2 perut pulak menyanyikan pelbagai lagu yang sangat menyenangkan, kitorg terus berjalan mencari kedai kasut. lepas dah jumpe tu, dia tak nak pulak beli. haduiii. penat kot aku? haha

lalu kitorg merancang nak pegi makan. kitorg rancang nak pegi makan dekat kfc sebab kawan kitorg iaitu fadhilat dan liyana keje dekat situ.

sebelum tu, singgah kejap dekat kedai yang jual cd sebab dia nak beli movie yang terbaru. lantas selepas itu, kitorg pegi masuk dekat kfc tp nmpak liyana je, tak nmpak pulak batang hidung fadhilat. ingat nak kacau, tp tengok dia tengah busy layan customer, so tak jadik la nak kacau. HAHAHA

selepas itu, kitorg pegi balik kedai yang jual cd tu sebab fathin nak tukar citer lain, tibe2 jumpe pulak cikgu Rumaizah yang merupakan cikgu sejarah kitorg mase dekat SMK Seri Menanti. haha. rindu seyh! lepas tu, kitorg masuk wetex balik sebab nak beli barang2 sikit. lau terjumpe pulak cikgu Roziah yang merupakan cikgu sains kitorg dari sekolah yang sama. haha. serius! memang rindu dengan cikgu2 saya.

aktiviti kitorg seterusnya pulang ke rumah. hehe. yeah! memang tengah penat dan terus pegi ke bas stand dan terus pulang ke rumah.

ok, itu saje cerita hari ini. assalamualaikum :)




No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com