Thursday 31 May 2012

sedang perbaiki diri sendiri

assalamualaikum.

sejak kebelakangan nie, sy lihat ramai wanita-wanita diluar sana yan telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat. ramai juga artis-artis wanita yang telah menutup aurat. TAPI, adakah betul cara menutup aurat mereka itu?

maksud menutup aurat disini bukan dilihat daripada seseorang itu menutup rambut mereka dengan hijab sahaja, malah menutup dari segala segi iaitu melonggarkan pakaian, melabuhkan tudung sehingga menutup dada dan memakai stokin. hal ini kerana, aurat wanita ketika berada diluar rumah / bersama dengan lelaki bukan muhrim adalah muka dan tapak tangan sahaja. so, kiranya kaki juga adalah aurat dan seharusnya menutup kaki itu dengan memakai stokin.

kebanyakan yang boleh kita lihat hari ini, ramai wanita yang sudah bertudung. Alhamdulillah, tetapi masih lagi berpakaian ketat, tidak melabuhkan tudung dan memakai seluar jeans yang ketat. Allah. sayu hati sy melihat mereka. adakah mereka tidak takut akan neraka? tidakkah mereka mendambakan syurga yang indah?

Alhamdulillah, Allah telah memberikan sy hidayah-Nya ketika sy sedang dalam keadaan ragu-ragu untuk menempuh hidup akan datang. sekarang, sy sedang cuba memperbaiki diri sendiri yang masih lagi lemah dan jahil dalam agama.





pelbagai fesyen untuk muslimah hari ini sebenarnya tidak menepati penutupan aurat yang sebenarnya. menutup kepala tetapi tidak menutup dada itu tidak menepati ciri-ciri menutup aurat. dalam Islam dibolehkan berfesyen, tetapi perlulah menutup aurat dengan sempurna. bukan main tangkap muat saje!

sy sebenarnya kagum dengan pembawakan HELIZA HELMI dalam berfesyen. walaupun beliau bertudung dan berfesyen, tetapi masih menjaga auratnya dengan sempurna.

sangat cantik dan pandai dalam berfesyen disamping menutup aurat dengan sempurna. :)


wahai wanita-wanita diluar sana, cuba kalian berfikir kembali tentang tatacara pemakaian kalian. adakah sudah menutup aurat? sekiranya belum, mari kita sama-sama muhasabah diri sendiri untuk berubah kepada yang lebih baik. tidak salah bukan?


sekian, kali nie saje entry untuk kali nie.


assalamualaikum. :)



No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com