assalamualaikum.
syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita terus bernafas di muka bumi nie. sebenarnya saya masih lagi terfikir sama ada mahu terus berblogging atau pun tidak. huhu. confiusion pulak! hehe. bila tengok orang lain active berblogging, rasa meronta-ronta pulak diri ini nak teruskan. tengok sajalah nanti. insyaAllah selepas saya masuk universiti nanti, maybe saya dah berblogging kot sebab busy dengan study. hohoho. (awak-awak seuma doakan saya dapat masuk U ya?)
untuk entry kali nie tajuknya lain macam ke? boleh kot? mesti ada yang terfikir, ehh die nie jealous sebab apa? jealous kawan-kawan dia dah ada pakwe ke? hahaha. korang silap la. salah sama sekali.
actually, saya jelous yang amat sangat dengan budk-budak lepasan SPM yang dah dapat sambung belajar di universiti/kolej/politeknik. seriously, sangat-sangat cemburu! sebab apa jealous nie makin membuak-buak? nie adalah kerana diorang post gambar-gambar diorang masa minggu suai kenal dekat fb. sapa yang tak jealous korang! huhuhu. selain tu, kawan-kawan saya yang tengah amek degree sekarang nie tengah exam, so makin bertambah la api cemburu nie. hohoho. lepas nie diorang balik cuti sampailah bulan 9 nanti. mase tu kitorang yang sambung degree ikut sama la. insyaAllah sekiranya diizinkan Allah untuk saya sambung belajar kat mana-mana universiti, batch kami akan daftar diri pada 1 & 2 September nie. wuhuu! sempat beraya lebih kurang dua minggu saje. tapi takpe, saya sanggup tinggalkan semua tu demi kejar impian saya. harap-harap tercapai. aminn....
saya dah rindu sangat-sangat dengan encik-encik buku dan encik-encik alat tulis. wey! rindu la nak pegang korang semua. :) masa sekolah dulu, hari-hari mesti kira berapa hari lagi nak last day sekolah. tapi bila dah habis sekolah nie, mulalah sibuk bila nak sambung belajar balik. time tu rasa memang bosan gila bila tak belajar. korang pernah rasakan? bagi yang belum rasa tu, tunggulah saat-saatnya nanti. time tu baru korang rasa sebenarnya time belajarlah paling best. tak payah sibuk-sibuk nak cari duit, sebab mak bapak kita yang sibuk cari duit untuk kesenangan kita. studying is not boring. (betul ke english aku nie? hoho. kena tengok Oh My English! nie)
adik-adik yang bakal habis sekolah last year nanti, tunggu la hari-hari kebosanan tersebut. akan hadir jua walaupun korang tak mintak. heee. tu la, baik-baik dah kerja, gaji ok, tapi berhenti awal. nak menyesal sekarang pun dah takde gunanya (ayat nie hanya untuk kutuk diri sendiri saja yang telah jadik penganggur lebih kurang sebulan nie :P)
pesanan untuk mereka yang malas nak belajar. 'korang masih muda, banyak lagi pengalaman yang perlu korang tempuhi sebelum meniti kejayaan pada masa akan datang. so guna waktu sekolah nie untuk tuntut ilmu dengan sebaik-baiknya, kalau korang leka time nie, sememangnya masa depan korang akan gelap. time tu jangan nak menyesal dengan apa yang korang buat pada masa dulu. berpikir dulu sebelum buat apa-apa, ingat mak bapak korang yang bersusah payah cari rezeki semata-mata nak tengok korang dapat pergi sekolah, belajar, dapat ilmu yang berguna. jangan nak salahkan mereka pula bila korang tak berjaya. salahkan diri sendiri kerana korang tak pikir baik buruk tindakan korang tu untuk masa depan korang yang masih panjang lagi tu.' (pesanan nie bukan untuk memarahi sape-sape, just nak bagi nasihat saje. )
ok, sampai sini saja entry saya kali nie. mohon maaf andai ada yang terasa. bukan nak salahkan sape-sape, tapi untuk peringatan diri sendiri dan anda kawan-kawan semua.
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment