Saturday, 16 June 2012

lobak merah

assalamualaikum.

hari nie saya nak share sikit pasal kebaikan lobak merah atau omputih panggil 'carrot'. huwooo
tadi ade la search sikit-sikit kat internet pasal khasiat lobak merah nie. walaupun sikit je, tapi maybe berguna untuk saya dan korang semua? sape tahu kan. :)

sebelum tu, kenapa saya sibuk pulak nak share pasal khasiat lobak merah nie? haa, salah satunye sebab saya nie rabun jauh. so orang cakap la kalau makan atau minum air carrot nie boleh la kurangkan rabun dengan izin-Nya. insya Allah, kita cuma berusaha saje kan. sape tahu berkesan, dah la tak payah nak pakai-pakai speck bagai. hehehe. kadang-kadang rimas jugak kena pakai speck je everyday, everytime, everyminute, everysecond. wuhooo

ok, disini saya coretkan sedikit bingkisan yang saya dapat daripada satu blog nie. lepas nie sape yang dah tahu khasiatnya, boleh la cuba ya! actually, saya sudah seminggu minum jus carrot. setiap hari tu. sedap tau! hehehe



Lobak merah kaya dengan protein, karbohidrat, kalium, natrium, dan kalsium. Kadar alkalinya lebih tinggi.. Ia mengandungi iodin dalam kadar yang sedikit.
Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.
Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :
  • Amat baik untuk kesihatan gigi
  • Mengatasi keletihan
  • Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
  • Menjaga sistem saraf
  •  Awet muda
  • Mencerahkan mata
  • Mencerdaskan akal
  • Mencegah serangan barah
  • Membaikkan hati dan membasmi kelupaan
Cara memakan lobak merah :
  •  Boleh makan mentah-mentah
  •  Minum segelas air lobak setiap hari
  • Jika dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..

haa korang dah bace? banyakkan khasiatnya? so ape lagi, cuba la dari sekarang.

kalau nak buat jus carrot tu senang saje.
  • 1 batang lobak merah dipotong kecil, then masuk dalam blend. letak air kosong (agak-agak jela banyak mane airnya) lepas tu kisar.
  • selepas tu, masuk ke dalam cawan tapi ditapis dulu sebab ampasnya ada. letak susu cair, siap! dah boleh minum. senang kan? hehehe

harap-harap ia berkesan untuk kurangkan rabun mata ye? huhu. sebabnya saya dah malas sangat-sangat nak pakai spect. bosan!

ada satu kisah nie...

masa saya kerja dekat sebuah kilang nie shif malam pulak tu, ada satu hari tu malas nak pakai speck. lagipun kalau tak pakai pun ok jugak sebab mata belah kanan je yang rabun. hahaha. pelik kan? lantak la, mata saya bukan mata orang lain pungg. :P
masa kerja kat situ, saya kena area packing and bahagian sediakan eksesori car stereo. adalah orang abg leader (skrg dah jadik supervisor), dia perasan saya tak pakai speck malam tu.

abg tu : fatin, mana speck?
kitee : die duk umah, nak rehat. hehehe (dengan muka tersengih mcm kerang busuk!)
abg tuu : nampak tak nie?
kitee : nampak la. rabun belah kanan je.
abg tu : belah kanan je? pelik. (dengan muka takde perasaan. nak kate gelak tak nmpak gelak. kire muke selambe je). nie berape? (angkat tgn die smbil buat ala-ala peace gitu)
kitee : halarhh. orang nmpak la. (geram giler teramat kot masa tu!)


saya pun terus buat kerja dengan rasa geram giler2. huwooo. nasib baik die tu lelaki, kalau perempuan dah lame tumbuk-tumbuk die. (mmg sentiasa berniat jahat :P)
then, masa rehat tu saya ngadu dengan kwn, dhilat namanya. tapi dekta line orang panggil die fateha. ngadu + ngutuk sebenarnya. hahaha. kitorang kalau rehat mesti ngutuk-ngutuk, perkara wajib. kat kilang je*
tapi dah benti kerja nie, dah takde ngutuk-ngutuk dah. tak pasal-pasal orang yang kitorang kutuk tu dapat pahala free, yang kitorang dapat dosa free gitu jee. hohoho

p/s : sorry abg piee. :) kite terkutuk abg. hee. tak banyak pun, sikeett je. jangan marah ye!

haa tu pasal la kitee nak pulihkan balik mata yang dah rabun nie. dah malas sangat-sangat nak pakai menatang tu. huhuhu

ok, sampai sini saje corat coret kitee.

assalamualaikum :)








No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com