dah lama betul sy tak menjenguk blog ni disebabkan sibuk dan tak malas nak menaip. huhu. ahamdulillah, sekarang ni dah masuk semester 2 bagi sidang akademik 2012/2013 di USM. sekarang ni baru masuk minggu kedua pun. -.-
selama sebulan bercuti dan luangkan masa bersama membuatkan sy rasa sangat2 rindu dengan family dan suasana di rumah. terus terang cakap, sy masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya di bumi penang ni. mungkis sebab tak penah berpisah dgn family lagi2 dengan mak, tu yang rasa sedih, sayu dan mcam2 lagi perasaan yang ada kat dalam hati ni.
menginap di desasiswa aman damai membuatkan sy rasa kesunyian sebab takde kawan2 yang boleh ajak bual2 kat sini. bestfriend sy menginap di desiswa tekun. agak jauh walaupun sebebnarnya tak jauh manapun. jalan kaki baru rasa jauh. tapi sebab dah biasa ulang alik ke sana, tu yang rasa tak jauh sangat pun. kenapa sy kata kesunyian kat desa aman ni, sebabnya sy takde roomate nak ajak bual. roomate ade tp die stay kat bilik kawan die. kadang2 best jugak duk sorang2, tp kadang2 tak best jugak. yelah, kadang2 nak jugak share something dgn dia, tp dia pun dgn sy senyap je. tak nak tegur pun. so, sy pun diam jela.
bila sensorang dalam bilik ni, tu yang segala rasa dalam hati muncul. sedih la, sunyi la, rindu dgn family la semuanya ada. walaupun family dah pindah merlimau, melaka tp hati tetap di muar, johor. sejak naik semester 2 nie, mak selalu jugak call. dua hari sekali call. tp bila nak akhiri perbualan, lepas sy ucap 'assalamualaikum', mak jawab dengan sebak 'waalaikumsalam'. tik aitu sy tau, mak rasa sedih nak lepaskan sy. yelah, sy tau dia rindukan sy. biasanya sy ada kat rumah dgn dia, bual2, pegi mana2 dgn mak. itu mak, ini mak. semua mak. anak bongsu la katekan. walaupun anak bongsu, tp kasih sayang mak tetap di bagi sama rata dengan abg2 dan akak. family kitorang jenis yang happening. suka gurau2, main kejar2 dalam rumah dan macam2 lagi la. tp bila sy dah kat sini, sy akan teringat segala kenangan2 di rumah.
rindu dengan mak! afif pun! :')
rindu dgn keletah budak ni
gambar ni sentiasa kulihat di screen wallpaper phone
sekarang ni pun, yang paling jauh sekarang ni sy. tecampak jauh dari johor ke penang. abg2 dgn akak sume dekat2 dgn mak. tu yang rasa lagi sedih tu. tapi takpe la, datang jauh2 ke sini pun untuk menuntut ilmu. berjihad di jalan Allah. insyaAllah, tahun 2015 sy akan tamat pengajian di USM ni dan insyaAllah sy akan pastikan sy bergraduasi dgn cemerlang. sy nak bawak sume family sy datang sini. hari tu pun yang hantar sy daftar masuk USM pun cume mak, abg2, abg ipar, akak ipar dgn anak2 buah. akak sy dgn lg sorang akak ipar terpaksa stay kat tempat kami bermalam disebabkan tidak sihat. (tika diri ini terus menaip, air mata pun semakin laju keluar)
untuk mengubat kesunyianyg bersarang ni, sy lebih rela menghabiskan masa dengan menyiapkan segala assignment, on9 facebook, twitter dan macam2 lagi. awal bulan 4 ni cuti mid sem. walaupun seminggu, tp ia sangat bermakna sebab dpt luangkan masa sekejap bersama family tersayang. tunggu kepulanganku semua! :')
sampai disini dulu post yang terbaru. ada masa nanti sy akan post benda yang baru.
assalamualaikum :')
erk macam mana dgn lagi sorg ni?
ReplyDeleteuhuk! uhuk! tibe2 terbatuk pulak. :P
ReplyDelete