Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru & Exam -.-

assalamualaikum

first thing nak wish 'HAPPY NEW YEAR!'



alhamdulillah, hari nie 1 Januari 2013 bermulanya tahun baru dan kita patut bersyukur sebab masih diberi kesempatan-NYA utk bernafas lagi di bumi nie. tahun 2013 nie cukup la umur saya 21 tahun -.- walaupun belum secara rasmi. ahahaa XD (nak muda lagi!) walaupun rasa macam dah tua, tapi perangai tetap sama je dan tak berubah. TAK MATANG    ade yang cakap saya nie nampak je sopan, tapi bile gelak macam setan  ouh! sungguh kejam itu mulut. -.- nak buat macam mane, akak2 dan abang2ku juga serupa je macam mane adiknye nie tak ikut. ahahaha XD

ok! tahun 2012 nie memang banyak kenangan pahit dan manis walaupun rasa macam takde la yang menarik sangat sepanjang tahun. tapi yang penting, saya dah masuk U. tu la impian sejak dulu lagi, akhirnya tercapai juga. insyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh kat USM nie. kawan-kawan semua ok dan gile-gile jugak! >.<

dah-dah! untuk tahun 2013, azam saya tak la hebaq, gempak macam orang lain. cume nak jadik yang lebih baik dari sebelum nie, belajar dengan lebih fokus! and try to be a better muslimah. insyaAllah. :) walaupun sering baca post-post dakwah kat fb and twitter, tapi saya tak mampu untuk berdakwah macam mereka. so, saya akan berusaha untuk mengamalkannya.


dari situ, banyak menyedarkan saya tentang islam yang sebenarnya. kadang-kadang saya akan copy balik kat fb apa yang diorang tweet. saya post bukan untuk dapat banyak like or comment, tapi untuk memperingatkan kepada kawan-kawan yang lain. moga kita akan dapat manfaat daripadanya. insyaAllah

ok, start esok semua student USM akan mula exam. so, GOOD LUCK untuk semua! buat yang sehabis baik. lepas berusaha, jangan lupa untuk berdoa. insyaAllah akan dipermudahkan oleh-NYA. jangan stress sangat, takut nanti masa jawab exam hilang apa yang ada dalam otak tu. :)

sampai sini jelah. dah takde idea nak menaip. hehehe

assalamualaikum :)

No comments:

Post a comment

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com