Saturday, 21 January 2012

'couple' yang halal disisi Allah

assalamualaikum.

hari nie saya nak share sikit perkara yang saya baca dari satu laman web untuk korang baca jugak. hee

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?


“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).


Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).


Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah :)

sungguh indah jika ada di antara kita yang melaluinya bukan?
insyaAllah, jika ditakdirkan saya bertemu jodoh awal, saya akan terimanya.
kalau boleh, saya tak nak bercouple tapi ingin berkawan dan kenal hati budi lalu berkahwin.
lepas kahwin baru la kita boleh bercouple. mase tu kalau nak sentuh-sentuh pun dah tak jadi hal sebab sudah halal. hehe

saya ada terbaca satu blog nie Diari Rindu Muhsin & Mira, diorang sebaya dengan saya, kira tahun nie masuk 20 tahun la. diorang kahwin tahun lepas after habis matrik. muda sangat-sangat diorang kahwin tapi alhamdulillah mereka ikut cara yang betul dan family diorang pun sokong dengan tindakan diorang tu. ouh! sweet sangat-sangat tengok diorang kahwin awal. rasa jeles pun ada. tapi dah Allah tetap mereka berkahwin awal.

p/s :bercouple, bila hubungan putus maka putus juga sampai bila-bila. tapi jika berkawan, hubungan takkan putus sampai bila-bila. :)

assalamualaikum :)



Wednesday, 11 January 2012

teringin sangat!

assalamualaikum.

hai korg semua. hehe
nak tau tak, sejak dah masuk tahun 2012 nie and umur pun dah nak masuk 20 tahun bulan OKTOBER nie, rase mcm nak sangat-sangat try something new yang tak pernah buat sebelum nie. haha

ok actually, saya nak sangat-sangat pegi berjalan sorang diri kat bandar muar tu. hoho. kalau cakap kat mak, comfirm la tak bagi kan? tapi, tu la yang saya nak sangat buat sekarang nie. pegi berjalan sorabg diri, masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. ouh! alangkah bestnya. yalah, kita takyah ikut orang nak berjalan pegi mana-mana kan?


ouh, memang best takde orang yang nak sibuk-sibuk ikut kita mahu pergi mana. leceh kot ikut kemahuan orang? dapat duduk termenung dekat tanjung emas pun ok jugak kan? hahaha

ok! saya memang tengah mengarut waktu nie. tapi tu memang impian saya. ok bye.

assalamualaikum

sedang mencari

assalamualaikum

ok, alhamdulillah dalam beberapa hari nie saya sedang mencari sesuatu yang mungkin mampu membuatkan saya sedar akan diri yang menjadi insan di bumi Allah nie.

after bace pelbagai artikel menerusi blog-blog, now alhamdulillah. saya tau saya masih lagi byk kekurangan dlm diri dan skrg saya mahu mencari. mengkaji dan mendalami dgn lebih byk dlm hal keagamaan.

bile saya review balik tntg ape yg saya dah lalui, saya tau saya perlu perbaikinya dgn lebih baik lagi lepas nie. insyaAllah.

jika kita ikhlas dlm sesuatu perkara, insyaAllah tuhan akan bantu kita dan Dia akan permudahkan perjalanan hidup kita. saya tahu, saya belum berapa arif untuk berbicara tentang agama. but insyaAllah, i will do it.  :)

saya rasa saya belum terlambat untuk setting balik ape yang telah saya buat selama nie. doakan agar saya dapat lakukannya. :)


*kesedaran bermula dari dalam hati nurani seseorang. U need to changed yourself for God, NOT for someone. thinking about it.

p/s : maaf, english saya tunggang-langgang. insyaAllah, saya akan cube perbaiki. :)

Saturday, 7 January 2012

10 tips mudah untuk berdiet

assalamualaikum.
hai3! hehe
ok, hari nie saya nak bagi sedikit tips bagi sape sape yang nak berdiet atau tengah berdiet tapi macam tak berkesan dan korang pun stop untuk sekerat jalan je. ok, inilah antara tips2 nye.

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.

Selamat mencuba :)

Friday, 6 January 2012

saje saje :)

assalamualaikum.
hai3! hehe
sempena hari jumaat yang begitu indah dan merupakan penghulu kepada segala hari, maka dengan begitu senang hatinya saya pergi ke muar dengan seorang kawan, namanya Fathin Amirah. nama pangkalnya sama dengan saya tapi tak bermakna kami kembar ok. haha. dah ramai kot orang yang kami jumpa dan mereka akan tanya 'kembar ke?' kami pandang antara satu sama lain sambil senyum and lastly kami cakap 'tak, kitorang kawan je'. ouh, soalan yang sama akan ditanya dekat kami dan jawapan yang sama juga kami bagi. hahaha

ok, sebenarnya kami ni tinggal satu kampung cuma yang bezanya saya tinggal bahagian darat dan dia bahagian laut. kampung kami ialah kampung seri menanti. saje promote kampung sendiri. haha. kami naik bas dlm pukul 9 lebih kot dan tambang bas rm2.50. ok la tu kan tambang ke muar. hehe

sampai sana, kitorg pegi affin bank sebab dia nak buat akaun kat situ. tak la lama sangat tapi cukup untuk buat saya sangap banyak kali. hahaha

lepas siap tu, kitorg mulakan aktiviti berjalan kaki sampai ke maybank dekat jalan sulaiman (yang sebelah wetex tu) sebab kitorg nak bukak akaun sspn. korg tau kan start tahun nie, sape sape yang nak mohon pinjaman ptptn kena ada akaun sspn sekurang-kurangnya rm20. sape sape yang belum buat tu, buat la cepat cepat ok. ;)

lepas siap isi borang tersebut yang kitorg mntak dekat kaunter bawah, lalu kitorg pegi kat kaunter 2 tingkat 1, berlaku sedikit perbualan antara kitorg dengan pegawai kat situ. pegawai tu lelaki. haha

aku : encik, saya nak buat akaun sspn.
pegawai : nak bukak akuan sspn? ok, kejap ye.(dlm beberapa saat...)
ok, nak bukak akaun untuk sape?
aku : untuk diri sendiri.
pegawai : (tengok muka aku).... umur berape?
aku : 20 tahun.
pegawai : ok, dah cukup umur. ingat belum cukup sebab tengok muka belum cukup umur.
aku dan fathin gelak pelan pelan je. (dalam hati cakap, 'jahat je') haha
ok, lepas tu ade lagi yang kitorg bual2, tp dah lupe pulak ayatnye. haha
lepas dah sign ape ntah dia suruh kat atas A4 kosong sebanyak 3 helai, lalu kitorg pun mengucapkan terima kasih. lalu kitorg pun blah dari situ.

lepas siap tu, kitorg punpegi pulak wetex sebab dia nak cari kasut yang berbulu-bulu. alah, yang korg selalu pakai tu kan? carik2 tak jumpe, lalu kitorg pun keluar wetex dan saya terpikir nak mntak keje dekat pizza. lalu kaki kitorg pun sampai ke pizza. bila masuk je kat dalam tu, macam terkejut sikit la sebab tiba2 pekerja kat dalam tu cakap 'selamat datang dan silakan duduk'. lepas tu saya pun cakap la 'urmm, kat sini ade keje kosong tak?' lalu pekerja tersebut pun pegi amik borang. lepas dapat borang tersebut, kitorg keluar nak carik kedai potostat sebab dia nak salinan ic. lalu berjalan la kitorg, sambil2 tu carik jugak kedai kasut dan saya isi borang tersebut. tp tak jumpe, yang jumpe kedai potostat.

lepas dah settle tu dan dah tak jumpe kedai kasut, lalu kaki kitorg menapak semlua dekat pizza. lepas bagi borang tersebut, orang tu cakap 'ok, ape ape hal nnti kitorg call'. saya cakap 'ok, terima kasih' dan blah dari situ.

dengan tak penatnye dan tibe2 perut pulak menyanyikan pelbagai lagu yang sangat menyenangkan, kitorg terus berjalan mencari kedai kasut. lepas dah jumpe tu, dia tak nak pulak beli. haduiii. penat kot aku? haha

lalu kitorg merancang nak pegi makan. kitorg rancang nak pegi makan dekat kfc sebab kawan kitorg iaitu fadhilat dan liyana keje dekat situ.

sebelum tu, singgah kejap dekat kedai yang jual cd sebab dia nak beli movie yang terbaru. lantas selepas itu, kitorg pegi masuk dekat kfc tp nmpak liyana je, tak nmpak pulak batang hidung fadhilat. ingat nak kacau, tp tengok dia tengah busy layan customer, so tak jadik la nak kacau. HAHAHA

selepas itu, kitorg pegi balik kedai yang jual cd tu sebab fathin nak tukar citer lain, tibe2 jumpe pulak cikgu Rumaizah yang merupakan cikgu sejarah kitorg mase dekat SMK Seri Menanti. haha. rindu seyh! lepas tu, kitorg masuk wetex balik sebab nak beli barang2 sikit. lau terjumpe pulak cikgu Roziah yang merupakan cikgu sains kitorg dari sekolah yang sama. haha. serius! memang rindu dengan cikgu2 saya.

aktiviti kitorg seterusnya pulang ke rumah. hehe. yeah! memang tengah penat dan terus pegi ke bas stand dan terus pulang ke rumah.

ok, itu saje cerita hari ini. assalamualaikum :)




Sunday, 1 January 2012

Rindu? Itu betul :)

assalamualaikum.
hai3! hehe, padahal baru je update pagi tadi, now nak update lagi.
ade aku kesah? lantak la. hik3
semalam pagi sebenarnya saya mengemas bilik yang bersepah sebab dah janji dengan mak, lepas habis exam nak kemas. tapi dah 2 minggu berlalu kot exam tu dah habis, baru semalam la berkesempatan nak kemas. hik3! bukan tak takde masa, tapi MALAS. haha. 'M' nya sangatlah besar kan? hehe

ok, masa tengah kemas2 dalam laci meja belajar, saya tiba2 terjumpa sampul surat dan terus teringat dalam tu ada 2 keping gambar. satu gamabar nie :


gambar masa raya aidilfitri yang lepas
satu lagi gambar nie :


ouh! ini gambar sangat saya rindui bila melihatnya semalam :)

ok, gambar kat atas tu gambar masa saya form 6, kelas 6 ATAS 1. sangat rindui kawan2 yang sangat gila2 perangainya. ouh! miss that moment. kalau lah masa boleh diundur semula, nak je saya dan kawan2 sekolah balik. HAHA

korg, aku rindu sangat2 dekat korg. bila kita boleh berkumpul macam dulu kan? marah, ketawa and everything kita buat sama2. korg sahabat yang paling sporting sebab kita pun tak ramai mana pun kan? upper 6 54 orang je. kita semua dah macam satu keluarga yang sangat happy.

ouh! tiba2 teringat semua kenangan kita selama setahun setengah di SMK Pekan Baru, Muar. korg semua, lepas nie kita jangan terus loss contact ok sebab aku rindu sangat2 kawan2 aku. walaupun lepas nie, kita semua akan duduk melata kat bumi malaysia nie, tapi aku harap kita jangan putuskan persahabatan kita di form 6 ye. hehe.

ok, sampai sini sahaja cerita pada 1 Januari 2012.

fatin says : akurindunakberkumpuldengankawankawanaku. :)

2012 :)

assalamualaikum.
hai3 and morning korg semua! hehe
nie first entry saya utk thaun baru 2012 nie. pagi2 dah update erk? hik3 >.<
ok, skrg dekat FACEBOOK, ramai yg tengah sibuk dok update status tahun baru diorg.
tp saya pulak dok update dekat beog nie. hee

masuk tahun baru, maka muncul la azam baru yg korg dah pasang angan2 nak capai tahun nie kan? agak2 korg, tercapai ke? jangan terlalu pasang azam yg korg mgkin tak boleh nak capai pada tahun nie ae? huwooo. ehh2! terlupe nak cakap "HAPPY NEW YEAR!" hehehe :D


ok, bercerita pasal azam baru, saya pun ade azam yg ingin saya capai pada tahun nie. saya hanye akan list utk yg penting sahaja. ok, antarenye:

  • nak masuk U pada tahun nie sebab azam saya pada beberapa tahun lagi adelah nak bagi segulung ijazah dekat mak, arwah abah dan family. harap2 azam nie akan tercapai, insyaAllah.
  • nak tambah amal ibadah. stiap drpd kita mesti masih lagi tak complete kan ibadahnye? so, ape kate kite rebut peluang tahun nie tambah pahale kite yg masih kurang tu?
  • berusaha nak jadi manusia yang berguna.
ok, itu sahaja azam saya yang paling utama. harap korg pun ade azam sendiri yang nak dicpai pada tahun nie. insyaAllah.
 assalamualaikum :)

Copyright© All Rights Reserved atin92woshow.blogspot.com